Halaman

Khamis, 1 Disember 2011

Renungan Pagi Jumaat



Suatu pagi tu seperti biasa saya bersiap sedia nak ke tempat kerja.
Selepas pakai stokin saya menyorongkan kaki ke dalam kasut.
Tetiba saya rasa ada sesuatu dan sejuk semacam.
... Cepat-cepat saya tarik kaki saya keluar.
Saya tonggengkan (bolehkan guna perkataan ini ?) kasut saya seraya
mengetuk-ngetukkannya agar terkeluar benda yang saya rasa sejuk tu.
Tengok-tengok rupanya ekor cicak yang sudah terputus dari badannya.
Tak ada masalah sebab ekor cicak itu boleh tumbuh balik.
Lalu saya terfikir kalaulah ALLAH jadikan kaki atau tangan manusia
yang terputus boleh tumbuh balik nescaya aktiviti merempit akan lebih berleluasa.

"alaaah apa takut .. putus kaki nanti, dia tumbuhlah balik"

1 ulasan: