Halaman

Jumaat, 2 Disember 2011

BANJIR DI KAJANG SELANGOR 2 DISEMBER 2011





Berita rasmi dari Utusan Online

HULU LANGAT 2 Dis. – Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.

Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.

Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang, turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.

Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih, Kajang berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa.

Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan seramai sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.

Beberapa klip video sekitar banjir itu turut berlegar dan dikongsi oleh pengguna laman sosial Youtube dan Facebook, termasuk video yang menunjukkan seorang wanita yang terperangkap diselamat oleh orang ramai.

Berikut merupakan gambar dan video kejadian banjir di sekitar Kajang 2 Disember 2011

Khamis, 1 Disember 2011

BADIK MELAYU






PERMATA HATIKU











14 Makna Di Balik Cincin Anda

Saat si dia melamar Anda, ia akan berlutut dan menyodorkan cincin kepada Anda dan mengatakan, "Menikahlah denganku". Kemudian saat Anda dan dirinya berada di pelaminan, sekali lagi ia akan melingkarkan cincin di jari Anda. Sebenarnya apa sih arti cincin tersebut?

Ada banyak makna cincin yang diberikan si dia untuk kita. Entah itu saat kita ulang tahun, atau saat dia melamar kita mungkin bahkan saat mengatakan janji nikahnya.

Makna 1: Aku akan selalu mempercayaimu

Makna 2: Hanya dirimu satu-satunya yang aku cintai

Makna 3: Aku akan menjaga semua rahasiamu

Makna 4: Aku mencintaimu

Makna 5: Kau adalah sahabat terbaikku

Makna 6: Aku mungkin ingin menikahimu, namun cincin ini aku berikan hanya sekedar hadiah, aku belum siap untuk melanjutkan ke jenjang yang lebih jauh lagi

Makna 7: Aku akan selalu ada di sampingmu

Makna 8: Aku akan menggantinya dengan cincin berlian suatu saat nanti

Makna 9: Ini adalah bukti cintaku kepadamu

Makna 10: Aku ingin semua orang tahu kamu adalah milikku

Makna 11: Jika aku tak memberimu cincin, apa kata teman-teman kita nanti, aku akan malu tak sanggup membelikan cincin berlian untukmu

Makna 12: Menikahlah denganku

Makna 13: Hanya denganmu aku ingin menghabiskan seluruh hidupku

Makna 14: Yang penting ini tanda kita sudah menikah

Makna yang mana yang paling Anda inginkan? Semoga makna cincin yang terbaik yang Anda dapatkan.

Sumber : http://ceritacincin.blogspot.com/2010/04/14-makna-di-balik-cincin-anda.html

AJAL DI MANA-MANA



KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun menyangka bapanya tertidur ketika memandu sedangkan lelaki berkenaan sebenarnya meninggal dunia akibat serangan jantung.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi Jalan Pedada, Taman Kota Jaya itu, Dina Alisa Lokman hanya mendiamkan diri apabila kepala bapanya, Lokman Ramlan, 42, tersandar pada tingkap sebelah pemandu sebelum Proton Wira Aeroback dipandu lelaki berkenaan berhenti perlahan-lahan.


Dia juga masih terus mendiamkan diri apabila orang ramai datang membantu dan hanya menangis selepas pasukan perubatan Hospital Kota Tinggi (HKT) yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan bapanya meninggal dunia.

Orang ramai menghubungi isteri mangsa, Yusniza Yusof, 37, yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan wanita berkenaan tiba ditemani rakan sekerja sebelum ibu Lokman, Dinah Abu Bakar, 68, sampai bersama kakaknya, Zaleha Ramlan, 49.


Menurut Zaleha, Lokman pernah bekerja di sebuah bank di daerah berkenaan sebelum meletak jawatan setahun lalu untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.


“Lokman mengedar produk hasil pertanian kepada pekedai sekitar bandar ini. Dia tidak pernah mengadu sakit dan gigih bekerja,” katanya yang ditemui di Unit Forensik HKT.

Peminat Merpati Semakin Bertambah



Gila-Gila Merpati

MERPATI..
Hobi yang semakin tinggi nilai komersil. Sudah ada yang harganya lebih dari 10 ribu sepasang. Dengan versi pelbagai spesis, ditambah lagi dengan kewujudan warna `mas 10` dan `cutting` yang menarik makin `up` harganya. Wan Zex sendiri pun dah banyak buat pelaburan. Kini sudah ada jenis Norwich Cropper, American Faintail, Mookee, Pomeranian, Pigmy, Brunner, Reversewing, Santinette, Jacobin, Lahore mas 10 dan terbaru Modena mas 10.